aku berjanji pada langit dan bumi, aku tidak akan sesekali bercerita
kerana cerita itu binasa, kerana cerita itu memakan diri
aku berjanji pada langit dan bumi, aku tidak akan ambil peduli
kerana kisah dan mengisahkan orang itu menyakitkan hati
aku berjanji pada langit dan bumi, aku akan menahan marah
kerana bersabar itu banyak hikmahnya
aku berjanji pada langit dan bumi, bukan pada diri aku, bukan pada manusia.
kerana aku pernah memungkiri janji dan manusia itu sendiri selalu mungkir janji
aku berjanji pada langit dan bumi...
2 comments:
promises!!!
@My Name is Cikgu Sukri yes..promises!!
Post a Comment